Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Monday, January 05, 2015

pesan dan nasehat kepada bakal pengantin perempuan

~ PESAN UMAMAH AL-HARITH ~

" Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami. Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita....

Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang menguasaimu.Maka jadilah diri sebagai abdinya nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu. Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :

~Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan,
~Mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.
~Memerhatikan sasaran matanya, Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan  
~Memerhatikan hidungnya,janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.
~Memerhatikan waktu makannnya, kerana rasa lapar itu boleh membara 
~ Memerhatikan waktu tidurnya,karna mengantuk itu boleh membakar sifat amarah..
~ Menjaga hartanya, Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik 
~ Mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. kemampuan menjaga saudara adalah mengurus dengan cara yg baik.
~ Janganlah ingkar perintahnya ,Sebab jika engkau ingkar perintahnya berarti engkau telah membakar dadanya 
~ Janganlah membocorkan rahsianyadan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.

Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



~ PESAN ABDULLAH BIN JAAFAR ~
Abdullah Bin Jaafar juga menasihati anak perempuannya yang akan melansungkan perkahwinan dengan berkata :
" Janganlah mudah cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian. 
Janganlah banyak mencela kerana mencaci itu hanya membuahkan kebencian. Hendaklah engkau memakai celak kerana celak itu hiasan yang paling indah.Minyak wangi yang paling harum adalah air.."

~ PESAN ASMA' BINTI KHARIJAH ~ 
Asma' binti Kharijah al-Fazzariyah menasihati anak perempuannya dengan berkata,
" Wahai anakku, engkau akan keluar dari rumah yang telah membesarkanmu menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan teman yang belum pernah bersama denganmu. Maka jadilah bumi baginya, nescaya dia akan menjadi langit bagimu.
Jadilah buaian baginya nescaya dia akan menjadi sendi bagimu. 
Jadilah budak baginya nescaya dia akan menjadi hamba bagimu. 
Janganlah memaksanya sehingga dia akan membencimu.
Janganlah engkau menjauhinya. Jika dia mendekatimu maka hampirilah dia. 
Jagalah hidung,pendengaran dan matanya. Janganlah dia mencium dari dirimu kecuali yang harum.Janganlah dia mendengar perkataan darimu kecuali yang baik-baik dan janganlah dia memandang dirimu kecuali yang indah.."

SELAMAT MENEMPUH HIDUP BARU...
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE JANNAH....

No comments: